Peringatan.

Assalamualaikum wbt.Peringatan buat kita semua dan diri saya sendiri.

1) Jangan tinggal solat sunat qobliah subuh sekalipun bangun jam 6:45 pagi kerana Nabi saw ada bersabda bahawa ganjaran solat ini adalah lebih baik dari dunia dan seisinya. Kecuali dah terlampau hampir waktu subuh habis , maka hendaklah segera kerjakan solat fardhu subuh.

2) Zikir Subhnanallah, Alhamdhulillah, Allahu Akbar, 33 kali jgn ditinggalkan setiap kali lepas solat. Kerana ini lah zikir khas buat anak Nabi saw , Fatimah sebagai zikir istiqamah penguat semangat.

3) Berusahalah sedaya upaya utk solat subuh berjemaah di rumah2 Allah, @ paling kurang berjemaah dgn anak isteri di rumah, kerana ganjaran solat subuh berjemaah adalah sama seperti berqiamullail sepanjang malam.

4) Jangan dilepaskan peluang berdoa selepas azan sebelum iqomah setiap waktu solat kerana disana diantara waktu2 mustajabnya doa.

5) Pelajari serta hayati setiap bait2 bacaan dlm setiap solat, bawa ia setiap kali solat, seolah2 kita berbisik2 mengadu hal dgn Robbul Jalil setiap kali kita solat, agar dgn yg demikian hati kita sentiasa berada dlm solat, mudah2an dgn asbab itu jugalah hati kita tidak lalai setiap kali solat. (memang itu pun diantara tujuan 5 kali sehari kita bersolat) dan itu janji Allah bahawa solat yg sedemikianlah punyai roh untuk menjaga kita dari berbuat keji & mungkar.

6) Jangan dilepaskan Al Quran setiap hari terutama selepas solat subuh, bacalah apa juga surah, selain jadikanlah amalan 3 surah ini setiap hari yaitu, 10 awal & akhir surah Al Kahfi, surah Al Waqiah, juga surah Al Mulk. Asbab kepada sabda nabi : Bacalah Al Quran.. sesungguhnya Al Quran itu akan memberi syafaat (pertolongan) pada sahabat2nya.

7) Jangan ditinggalkan solat2 sunat qobliyyah ba’diyyah, witir, dhuha kerana solat sunat itu menambah asbab kepada redhanya Allah pada kita.

8 ) Sentiasalah istiqamah solat di awal waktu. Wanita; bersedia, ternanti2 masuknya waktu solat manakala lelaki berusaha istiqamah solat berjemaah di rumah2 Allah kerana ia adalah sunnah Nabi kita saw yg utama.

9) Lazimi menjaga wudhu’ setiap masa kerana orang yg punyai wudhu’ akan didampingi para malaikat2 Allah.

10) Amalkan sentiasa bawa ke mana2 kayu sugi untuk bersugi kerana ada 70 kelebihan orang2 yg sentiasa bersugi; antaranya, Zikir & bacaan ayat2 Al Quran orang yg bersugi lebih 70 kali di sukai Allah berbanding bacaan orang2 yg tak bersugi. Dua rakaat solat orang yg bersugi juga lebih disukai Allah vs 70 rakaat solat orang yg tak bersugi, dan juga syaitan benci pada golongan2 mereka yg istiqamah bersugi. Riwayat Aisyah.. Bahawa aku tidak bisa mengira berapa kalikah dlm sehari Rasulullah saw bersugi. Dikatakan juga perkara terakhir yg Rasulullah saw lakukan sebelum ajalnya sampai adalah baginda saw sempat bersugi. Saya pernah terbaca dlm artikel tulisan ulama tersohor bahawa nyawa orang yg sentiasa bersugi mudah keluar ketika di datangi sakaratulmaut.

12) Sentiasalah melazimi lidah untuk berzikir seperti selawat @ kalimah2 taubat @ kalimah2 tauhid asbab kita bersugi dikatakan mulut kita ringan untuk tujuan itu.

13) Lazimi berpagi2 dgn kurma dan ambillah juga ia sebelum tidur kerana khasiat makanan sunnah ini sudah cukup sempurna bg menjana hormon2 perangsang kesihatan & kecergasan tubuh & juga minda kita untuk menjurus kepada sentiasa berfikir yg positif setiap hari.

KESIMPULAN : Berusahalah menyantuni akan setiap perkara2 sunnah serta perkara2 ma’ruf setiap masa kerana itu semua akan mengundang redha Allah kepada kita.. Asbab bertambahnya redha Allah pada kita maka janji Allah 👇

“Wahai jiwa2 yg sentiasa tenang, kembalilah kepada tuhanmu dlm keadaan engkau redha dan aku redha. Dan berkumpullah kalian dlm kalangan orang2 yg berbahagia dan masuklah kalian ke dalam syurga”.

👆 Ini adalah ayat sakaratul maut.. Kalau lah seluruh manusia mengetahui akan ini lah tujuan utama kenapa kita hidup di dunia ini (hanya nak dapatkan redha Allah) ketika mana saat kematian menjemput kita.. nescaya sepanjang masa seluruh manusia akan sentiasa khusyuk lagi tawadhu dlm berusaha untuk mengejarnya.

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Usia.

KATA AL QUR’AN TENTANG USIA 👇🏻
.

  1. Semakin bertambah usia semakin lemah tangan menggenggam… karena Allah sedang mendidik kita agar melepaskan cinta dunia.
    ( Qs. Hud : 15-16 )
  2. Semakin bertambah usia semakin kabur mata kita… karena Allah sedang mencerahkan mata hati untuk melihat Akhirat.
    ( Qs. Al Isra:72 )
  3. Semakin bertambah usia semakin sensitif perasaan kita… karena Allah sedang mengajarkan bahawa pautan hati dengan makhluk senantiasa menghampakan, namun hati yang berpaut kepada Allah tiada pernah mengecewakan. ( Qs. Al Lukman : 22 )
  4. Semakin bertambah usia semakin gugur gigi² kita… karena Allah sedang mengingatkan bahwa suatu hari kita akan gugur kedalam tanah selamanya.
    ( Qs. Ali Imran : 145 )
  5. Semakin bertambah usia semakin ditarik nikmat kekuatan tulang dan sendi kita… karena Allah sedang mengingatkan bahawa tak lama lagi nyawanya akan di ambil.
    ( Qs. An Nisa : 78 )
  6. Semakin bertambah usia semakin putih rambut kita… karena Allah sedang ingatkan kain kafan yang putih.
    ( Qs. Ali Imran : 185 )
  7. Begitu juga hati kita… semakin bertambah usia semakin sepi dan ingin bersendirian, karena Allah sedang mendidik kita untuk melepaskan cinta manusia dan dunia.
    ( Qs. Al-An’am : 32 )
    .
    .

jommuhasabahdiri

Solidarity kepala hanguk.

SOLIDARITI UNTUK YB LIM GUAN ENG

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Kenapa mereka bersolidariti untuk LGE? Kerana mereka yakin LGE tidak bersalah dan menjadi mangsa kerakusan politik kerajaan PN. Mereka yakin LGE tidak bersalah sebelum Mahkamah memutuskan tidak bersalah.

2) Mereka rasa proses keadilan kepala otak mereka lebih bagus daripada proses keadilan mahkamah. Kerana mereka beriman dengan slogan “rakyat hakim negara”. Sudah sekian lama tertanam dalam minda mereka, bahawa “rakyat adalah hakim negara”.

3) Maka dengan itu, mereka sewenang-wenangnya menjalankan tugas hakim, menyatakan orang itu bersalah, orang ini tidak bersalah – ketika belum pun orang-orang itu didakwa di mahkamah. Mereka persetankan proses keadilan di mahkamah tanpa mereka sedari.

4) Jika mereka ini diangkat menjadi pemimpin atau mentadbir negara, mereka ini pasti akan memperalatkan sistem perundangan untuk kepentingan mereka walaupun di bibir-bibir mereka berbicara soal pemisahan kuasa antara legislatif, kehakiman dan executive. Bahasa mudah sembang kencang.

5) Apa guna kita ada hakim negara, apa guna kita ada mahkamah dan institusi perundangan, jika rakyat diajar menjadi hakim negara tanpa mengambil kira proses mahkamah. Sudah tentu mereka ini tidak akan menghormati langsung klausa “innocent until proven guilty”.

6) Kena dekat pemimpin lawan, kamu anggap sistem perundangan bagus dan telus. Kena dekat pemimpin dan idola sendiri, kamu anggap konspirasi, pencabulan undang-undang, pendakwaan bermotif politik dan sebagainya.

7) Ketahuilah, jika kita buat begini, kelak apabila kita memerintah semula, lawan politik kita juga akan buat demikian. jadilah gentleman macam DS Najib. Beliau tidak merekrut “rakyat hakim negara” pun untuk bersolidariti, bahkan beliau berani untuk melawan kesnya dalam mahkamah sehingga habis.

8 ) Ada tiga peringkat mahkamah yang beliau akan lalui – dan step pertama beliau sudah tewas. Ada lagi dua mahkamah untuk beliau hadap. Walaupun sudah terang-terang dijatuhkan bersalah, beliau tidaklah merekrut solidariti sampai nak kena kutip derma bagai. Kita yang baru saja kena dakwa, belu didapati bersalah pun – dah kalut sibuk bersolidariti bagai.

9) Ajarlah rakyat dan penyokong kita supaya menghormati proses perundangan. Baharulah orang akan hormati kita dan hormat undang-undang dalam negara kita. Musuh negara boleh peralat kita sebagai kononnya “hakim negara” untuk merosakkan keharmonian dalam negara kita jika kita terus beriman dengan slogan tersebut.

Sekian